Sunday 15 February 2015

     PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL DI MALAYSIA


    Negara kita didiami dan dimiliki oleh masyarakat majmuk. Di dalamnya terdapat berbilang etnik. Dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia ini, perpaduan dan integrasi merupakan satu keperluan untuk menjamin rakyatnya hidup dalam aman dan damai. Konsep masyarakat majmuk itu sendiri diertikan oleh J.S Furnival sebagai masyarakat di mana di dalamnya terdapat berbagai etnik (kaum) yang hidup di dalam sebuah negara, tetapi dipisahkan oleh ciri-ciri ekonomi, tempat tinggal sosial dan budaya. Ciri masyarakat majmuk seperti ini nampaknya lebih sesuai menggambarkan masyarakat di zaman penjajah; namun demikian ia diterima pakai di negara kita walaupun sudah ada perubahan-perubahan tertentu. Sementara itu dari segi proses hubungan kaum lazimnya masyarakat dapat dilihat melalui tahap-tahapnya yang bermula dengan tahap co-existance, dan diikuti dengan tahap banyak kontak, tahap kompromi. Dari segi masalah pula, intergrasi faktor utama sebagai penghalang perpaduan ialah prasangka, perkauman and etnosentrisme. Faktor-faktor ini lebih merujuk kepada faktor rohaniah dan, dan faktor-faktor yang mempengaruhinya pula adalah banyak, di antaranya kepelbagaian  perbezaan seperti dari segi kebudayaan, sosio-ekonomi, tempat tinggal, politik dan proses sosialisasi., Perbezaan-perbezaan tersebut menyebabkan timbul rasa terpisah dan wujudnya jarak sosial. Dengan demikian kerajaan telah mengambil beberapa langkah, yang boleh dikategorikan sebagai langkah politik, langkah ekonomi dan langkah sosial dan kebudayaan. Perpaduan yang wujud di negara kita pula diasaskan kepada perkongsian kuasa, kerajaan yang demokrasi, agihan ekonomi yang baik dan toloak ansur budaya. Sementara itu, beberapa strategi untuk mewujudkan perpaduan nasional dan integrasi telah dikemukakan: strategi pembangunan diri dan strategi pembagunan fizikal dan sosial. Strategi-strategi tersebut dapat dilaksanakan melalui kaedah-kaedah pembangunan sosio-psikologi dan kaedah pembangunan sosio ekonomi. Di dalam setiap strategi dan kaedah tersebut terdapat pendekatan dan kaedah yang lebih khusus.






                                                                   KESIMPULAN

Perpaduan nasional (ikatan luaran) dan Integrasi nasional (ikatan dalaman) berbagai-bagai kumpulan etnik dan wilayah adalah perlu untuk rakyat negara kita hidup dalam aman dan damai. Negara-negara yang rakyatnya saling bersengketa, berperang dan berkonflik telah memberikan kita satu pengajaran bahawa negara yang kucar-kacir dan tidak aman tidak menguntungkan sebarang pihak sebaliknya ia menyukar dan menggelisahkan kehidupan rakyatnya. Di samping itu, program-program pembanguna yang dirancang untuk kesejahteraan rakyat tidak dapat dilaksanakan. Kepentingan dan keperluan perpaduan dan intergrasi adalah jelas bagi negara kita memandangkan negara kita mampunyai masyarakat majmuk, yang dicirikan oleh kepelbagaian. Walaupun konsep asal masyarakat majmuk seperti yang dikemukakan oleh J.S Furnival sudah tidak dapat lagi menggambarkan masayarakat Malaysia hari ini, namun ciri-ciri kemajmukannya masih jelas walaupun masih wujud lagi faktor penghalang.


Kesimpulan
Pelaksanaan pelbagai strategi dan pelan tindakan untuk setiap institusi dan sektor dalam masyarakat dan negara seperti yang digariskan di atas akan meningkatkan daya tahan gerakan pemantapan etika dan integriti. Semua ini akan menyumbang kepada pembangunan yang seimbang dan lestari, kestabilan politik dan keharmonian kehidupan rakyat pelbagai kaum serta peningkatan kesejahteraan hidup rakyat.

Bagi menentukan agar setiap komponen atau sektor dapat bertemu, berkongsi pengalaman dan berdialog antara satu sama lain di pelbagai peringkat, menilai keberkesanan program integriti masing-masing serta membaharui komitmen mereka kepada usaha peningkatan integriti, satu Konvensyen Integriti perlu diadakan secara berkala. Konvensyen yang menjadi forum pertemuan semua komponen dan sektor ini akan dianjurkan di pelbagai peringkat dengan kemuncaknya di peringkat kebangsaan.

Institut Integriti Malaysia (IIM) yang ditubuhkan serentak dengan pelancaran PIN berperanan selaku penganjur Konvensyen ini secara bersama dengan pelbagai sektor berkenaan. IIM juga berperanan selaku penyalur sebarang perakuan yang terbit daripada Konvensyen tersebut kepada Kerajaan serta pelbagai pihak lain yang bekenaan.


2 comments:

  1. 1xbet korean - Legit Gambling
    › bet-korean-legit-gambling 1xbet › bet-korean-legit-gambling worrione 1xbet korean. Sports betting. 1xbet K-DNS kadangpintar Entertainment. 1XBET is a licensed, reputable and reputable gambling operator.

    ReplyDelete
  2. Lucky Club Online Casino Site - LuckyClub
    Lucky Club offers a range of casino games and slots to the online casino market. Lucky 카지노사이트luckclub Club offers over 200 slots, roulette, and blackjack.

    ReplyDelete